Thursday, July 21, 2011

RESOLUSI DAN KETETAPAN PCT PERAK CYBER TROOPERS : TOLAK CALON KAKI BODEK


Sebagai seorang dari Bloggers PCT (Perak Cyber roopers) Topan dan rakan-rakan lain sepakat dan sebulat suara bersetuju dan merasa amat penting Bloggers terutama PCT turut sama dalam kenyataan dan pandangan PCT memang tepat. Terasa menjadi tanggung jawab pada Topan dan rakan-rakan sebagai pemerhati  Telinga, mata dan suara Rakyat PCT. Rasanya Perak tidak perlu lagi Kaki AMPU atau Kaki LOBI untuk mendapat tempat sebagai CALON di PRU 13 nanti PCT mengambil ketegasan bersuara demi tidak mahu segala kekalahan lalu diulangi lagi. Inilah masalahnya dan PCT akan menjadi SUARA dan KEHENDAK RAKYAT. sesiapa sahaja di calonkan mesti disokong, PCT juga percaya DS Dr Zambry telah pun melihat CALON yang sebenarnya yang RAKYAT mahu. Boleh Bekerja, Anak Tempatan dan paling penting MEMAHAMI serta berjiwa rakyat dapat menyelesaikan kemelut  Winning Candidate sepertimana yang Rakyat Mahu. Ambil contoh dan Iktibar seperti Sarawak baru-baru ini  di PRN Sarawak bila semua calon baru MENANG kerana CALON tepat yang dikehendaki RAKYAT. Ini juga menunjukan Rakyat akan memberi undi jika kesesuaian dan kehendak rakyat itu ada dalam CALON yang bertanding.

PCT (Perak cyber Troopers) Semalam, Membuat Resolusi dan ketetapan bersama menyokong diatas kenyataan Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir merangkap Pengerusi Barisan Nasioanal negeri Perak tentang penyataan beliau bahawa tiada RUANG akan diberi kepada KAKI BODEK yang memasang strategi dan angan-angan dengan sentiasa mengikut Program-proram  beliau terutama Bersama rakyat dengan harapan dapat dicalon di PRU 13 nanti.
PCT amat bersetuju dengan pandangan Dr Zambry bila menjawab soalan wartawan pada 19hb lalu beliau tidak akan TERPENGARUH  atau ‘TERMAKAN’ dengan cara individu yang mendampinginya dengan harapan dipilih sebagai CALON dengan mengambil kira salah satu punca kekalahan dibeberapa kawasan adalah kerana CALON yang tidak disenangi Rakyat dan tidak BUAT KERJA serta tidak disenangi Rakyat, sebaliknya bertindak mengkhianati Calon seangkatan  dan BN bila tidak terpilih.

PCT juga merasa lega dengan kesedaran Beliau bila diminta mengulas kecenderungan segelintir pemimpin politik yang kelihatan semakin KERAP HADIR ke MAJLIS yang dhadirinya termasuk Program turun padang bersama rakyat  yang dipercayai ada kaitan dengan bahang Pilihanraya umum yang semakin dirasai.
Mengenai keluhan rakyat ada ahli politik ‘KACAU DAUN’ dengan tidak member peluang mereka bermesra dengan Menteri Besar ketika Program turun padang termasuk ketika waktu makan . Zambry berkata beliau memahami Masalah  tersebut.

SEHUBUNGAN ITU KAMI MENGAMBIL KESEPAKATAN DENGAN SEBULAT SUARA SEBAGAI BLOGGERS YANG MEWAKILI SUARA DAN PENDIRIAN RAKYAT BERDIRI UTUH DAN MEMPERTAHANKAN PENYATAAN DS DR MENTERI BESAR TERSEBUT. PCT MENGAMBIL KIRA AMAT PENTING TENTANG  PERSOALAN INI KERANA SOAL CALON JUGA MENJADIKAN PUNCA DIANTARA KEGAGALAN DIBEBERAPA KERUSI YANG DITANDINGI SEBELUM INI DI PRU 12.

No comments: