Thursday, July 21, 2011

RESOLUSI DAN KETETAPAN PCT PERAK CYBER TROOPERS : TOLAK CALON KAKI BODEK


Sebagai seorang dari Bloggers PCT (Perak Cyber roopers) Topan dan rakan-rakan lain sepakat dan sebulat suara bersetuju dan merasa amat penting Bloggers terutama PCT turut sama dalam kenyataan dan pandangan PCT memang tepat. Terasa menjadi tanggung jawab pada Topan dan rakan-rakan sebagai pemerhati  Telinga, mata dan suara Rakyat PCT. Rasanya Perak tidak perlu lagi Kaki AMPU atau Kaki LOBI untuk mendapat tempat sebagai CALON di PRU 13 nanti PCT mengambil ketegasan bersuara demi tidak mahu segala kekalahan lalu diulangi lagi. Inilah masalahnya dan PCT akan menjadi SUARA dan KEHENDAK RAKYAT. sesiapa sahaja di calonkan mesti disokong, PCT juga percaya DS Dr Zambry telah pun melihat CALON yang sebenarnya yang RAKYAT mahu. Boleh Bekerja, Anak Tempatan dan paling penting MEMAHAMI serta berjiwa rakyat dapat menyelesaikan kemelut  Winning Candidate sepertimana yang Rakyat Mahu. Ambil contoh dan Iktibar seperti Sarawak baru-baru ini  di PRN Sarawak bila semua calon baru MENANG kerana CALON tepat yang dikehendaki RAKYAT. Ini juga menunjukan Rakyat akan memberi undi jika kesesuaian dan kehendak rakyat itu ada dalam CALON yang bertanding.

PCT (Perak cyber Troopers) Semalam, Membuat Resolusi dan ketetapan bersama menyokong diatas kenyataan Menteri Besar Perak DS Dr Zambry Abdul Kadir merangkap Pengerusi Barisan Nasioanal negeri Perak tentang penyataan beliau bahawa tiada RUANG akan diberi kepada KAKI BODEK yang memasang strategi dan angan-angan dengan sentiasa mengikut Program-proram  beliau terutama Bersama rakyat dengan harapan dapat dicalon di PRU 13 nanti.
PCT amat bersetuju dengan pandangan Dr Zambry bila menjawab soalan wartawan pada 19hb lalu beliau tidak akan TERPENGARUH  atau ‘TERMAKAN’ dengan cara individu yang mendampinginya dengan harapan dipilih sebagai CALON dengan mengambil kira salah satu punca kekalahan dibeberapa kawasan adalah kerana CALON yang tidak disenangi Rakyat dan tidak BUAT KERJA serta tidak disenangi Rakyat, sebaliknya bertindak mengkhianati Calon seangkatan  dan BN bila tidak terpilih.

PCT juga merasa lega dengan kesedaran Beliau bila diminta mengulas kecenderungan segelintir pemimpin politik yang kelihatan semakin KERAP HADIR ke MAJLIS yang dhadirinya termasuk Program turun padang bersama rakyat  yang dipercayai ada kaitan dengan bahang Pilihanraya umum yang semakin dirasai.
Mengenai keluhan rakyat ada ahli politik ‘KACAU DAUN’ dengan tidak member peluang mereka bermesra dengan Menteri Besar ketika Program turun padang termasuk ketika waktu makan . Zambry berkata beliau memahami Masalah  tersebut.

SEHUBUNGAN ITU KAMI MENGAMBIL KESEPAKATAN DENGAN SEBULAT SUARA SEBAGAI BLOGGERS YANG MEWAKILI SUARA DAN PENDIRIAN RAKYAT BERDIRI UTUH DAN MEMPERTAHANKAN PENYATAAN DS DR MENTERI BESAR TERSEBUT. PCT MENGAMBIL KIRA AMAT PENTING TENTANG  PERSOALAN INI KERANA SOAL CALON JUGA MENJADIKAN PUNCA DIANTARA KEGAGALAN DIBEBERAPA KERUSI YANG DITANDINGI SEBELUM INI DI PRU 12.

Monday, July 18, 2011

BERSIH BERJAYA MENJIJIK DAN MENJENGKELKAN BANGSA MELAYU

BANGGA SEBAGAI PENGKHIANAT BANGSA?

Salam KEAMANAN. BERSIH menjadi kemenangan kepada SIAPA? adakah rakyat dan negara yang melaba untung besar? Renung dan fikirkan penghujung Episode yang berjaya memalukan BANGSA MELAYU dan negara. Siapa yang akan lebih terbahak-bahak? Siapa pula yang PUAS DENDAM terbalas walaupun peduli apa dengan kesudahan Rakyat
Jelas Bersih bukan sahaja menjadikan sudah ada rasa benci membenci sesama lain terutama bangsa MELAYU yang beragama ISLAM itu sendiri. walaupun seagama tetapi sudah ketara sangat perbezaan ISLAM PAS dan ISLAM dari kalangan rakyat dan UMNO itu sendiri. jelas untuk menjijikan bangsa sendiri berjaya sekali dengan pecaturan Anwar Ibrahim dan Ambiga. Apakah mereka pernah memikirkan kessudahan episod permulaan BERSIH atau sebaliknya memang mengharapkan kekeruhan yang bakal menjadikan keuntungan besar terhadap KES liwat, VIDEO pelacur dan pembunhan Sosilawati yang begitu kejam. Rakayt hilang Fpkus terhadap dua kees besar ini bila hadirnya BERSIH bagi menutup semua ini. Terfikirkah Mereka kesudahan dan kesan Perhimpunan haram terhadap Rakyat dan keamanan Negara? MUSTAHIL mereka tidak sedar. malah tidak mustahil jika memang itu yang diharapkan. Sepanjang Pakatan Rakyat yang mengunakan tittle RAKYAT adakah dia telah mengupayakan Khidmat jasanya kepada RAKYAT? Adakah mereka telah merangka Ekonomi, Kemajuan, Keamanan serta nasib Rakyat sendiri? Bukan mereka tidak tahu dan memang berhasrat mahu semua kejadian seperti ini didalam perancangan dairi mereka. Jika Keadaan yang kelam kabut dan bakal ada campur tangan asing? siapa yang lebih SELAMAT? tentulah mereka sekalipun negara dalam peperangan, Berfikirlah sebagai rakyat dan septutnya tahu yang menentang perarakan BERSIH bakal mengundang huru hara juga adalah RAKYAT!

P. RAMLEE RUPANYA DAH TAU TEKTIK MATI 2KALI BERSIH!



TOPAN terlihat dalam posting Fb dalam wall kawan-kawan, nak pecah perut terbahak-bahak tengok video yang dihasilkan MPP (media permatang pauh). Korang tgk sendiri adengan video ni siap dapat upah rm 100 sebijik macam UPAH perhimpunan BERSIH. rugi kalau tak tengok memang P. Ramlee lebih advance rupa-rupanya. adoi sakit perut aku menahan ketawa. memang sebijik da! yang paling tak tahan bila muka sipenipu mati tu. korang tengok lah sendiri.......

Friday, June 3, 2011

RENTETAN KRONOLOGI DAN FAKTA : DR ZAMBRY & CERITA BURUNG DI PERAK


HASIL TAJUK DALAM BEBERAPA BLOG TERUTAMA BLOGGERS PERAK MENGUPAS NUKILAN SAUDARA YUSOF HARUN YANG SEPATUTNYA MENJADI IKTIBAR SEJARAH NEGERI PERAK DALAM KEADAAN HURU HARA DAN KEMBALINYA AMAN USAHA GIGIH BAGI PEMUTIHAN KEMBALI PERAK DARULRIDZUAN DIAMAN DAN DISEJAHTERAKAN KEMBALI.
TOPAN ALAM MEMAPARKAN KEMBALI TULISAN BELIAU DI AKHBAR SINAR HARIAN PADA 2.6. 2011 YANG LALU EDISI NEGERI PERAK UNTUK SEMUA YANG TERTINGGAL DAPATKAN NSAKAH PADA TARIKH TERSEBUT, MARILAH KITA TELITI DAN IMBAS KEMBALI DETIK HITAM SEHINGGA PERAK KEMBALI AMAN DAN MAJU.
BEBERAPA KUPASAN BLOGGERS TERUTAM DI NEGERI PERAK JUGA BOLEH DIKONGSI,TOPAN MELETAKAN SENARAI DAN LINK KEBLOG-BLOG YANG TESENARAI : (KLIK PADA NAMA UNTUK SINGGAH KEBLOG YANG DIKEHENDAKI

1.SEKUPANGDUA
2.PENYAIR GUNUNG
3.ANGIN PAK TAM
4.BUDAK BENTENG
5. PERGHH KIRI KANAN

Dr Zambry & cerita burung di Perak
- YUSOF HARUN


Bagi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, laluan kerjayanya tidak semudah meniup lilin atau menghitung burung di atas dahan. Beliau tidak mampu menggamit burung turun dari pepohon berbanding sesetengah pemimpin pembangkang mampu menghentikan sekawan burung di udara apabila mereka berceramah.

Itu cerita burunglah. Setinggi mana sekalipun melebarkan sayap ke udara, jika terkena perangkap, jatuh juga ke bumi dan boleh terpenjara. Cerita politik, dan lebih-lebih cerita pemimpin yang bertanggungjawab kepada negeri dan rakyat yang dipimpinnya, bukanlah semudah memberi makan burung merpati atau macam menembak gagak liar.

Kisah Pakatan Rakyat (PR) di Perak adalah ibarat kisah tiga ekor burung yang tiba-tiba lari meninggalkan sangkar. Maka malang sungguhlah nasib tuannya. Nak dipipiskan lada pun sudah tidak berguna lagi. Tidak ada tanda-tanda ia akan kembali ke dalam sangkar, sehebat mana sekalipun pemimpin PR pakar dalam selok-belok menggamit burung.

PR sempat bertahan selama 11 bulan. Menteri Besarnya, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari PAS kemudiannya terpaksa meninggalkan kediaman rasmi di pinggir Bandaraya Ipoh bagi memberi laluan kepada penggantinya.

Zambry ialah MB ke 11. Macam ada sesuatu mengenai angka 11 di Perak ini. Apapun ‘11’ adalah angka kegemaran Perdana Menteri. Mungkin hal ini menyebabkan satu-satunya MB berijazah kedoktoran dari Amerika Syarikat ini turut menjadi pilihan Datuk Seri Najib Razak pula.

Penyokong PR mendakwa mereka dijatuhkan secara ‘haram’ ataupun cara tidak demokratik. Mereka mendakwa hak rakyat yang mengundi mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 telah dirampas. Sekadar untuk berhujah, dakwaan itu bolehlah dijadikan asas. Tetapi hakikat lebih pahit ialah terdapat tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang melompat keluar PR.

Dari sudut moral, ia boleh dipertikaikan tapi yang nyata dalam konteks demokrasi, ia sah. Ketiga-tiga ADUN ini mengisytiharkan sebagai ADUN bebas daripada terus memihak kepada PR yang mereka dakwa perjuangannya tidak selari dengan aspirasi perjuangan rakyat.

Telah diakui umum walaupun dilihat berat sebelah, namun apabila parti yang memerintah hilang majoriti, maka parti alternatif yang menguasai Dewan Negeri boleh ditawar peluang membentuk kerajaan. Dalam hal ini ada persamaan dengan projek 16 September tapi bezanya ahli-ahli parlimen BN tidak termakan umpan PR untuk menubuhkan kerajaan baru secara pintu belakang.

Dakwaan konon adanya campur tangan Sultan Perak adalah tidak benar kerana baginda hanya menjalankan kuasa seperti yang termaktub dalam undang-undang. Hasilnya setelah melihat bukti 31 ADUN yang menandatangani surat menyokong BN, baginda membenarkan Zambry membentuk kerajaan dan menjadi Menteri Besar ke-11. Baginda tidak mengguna cara lama macam cerita zaman dulu, dengan menggunakan kaedah menyabung ayam atau adu kekuatan.

Dari aspek lain, agak ironi apabila pengganti Nizar ialah ADUN bersebelahan dengan kawasannya. Sementara Nizar ialah ADUN Pasir Panjang dan Zambry pula ADUN Pangkor. Kedua-dua DUN ini sekadar dipisahkan oleh kebiruan air laut yang tenang.

Bagi Zambry, laluannya ke pejabat Menteri Besar bukanlah pelayaran di laut tenang. Seperti dijangkakan, gelora sedia menanti. Beliau hampir terhalang dari mengangkat sumpah jawatan pada 6 Februari, 2009. Walaupun proses pelantikan dapat berjalan lancar, krisis MB Perak berlarutan sehingga terpaksa dirujuk kepada mahkamah.

Agak sedih tiba-tiba kita lihat kuasa sultan dalam menentukan pelantikan seorang Menteri Besar terpaksa diputuskan oleh mahkamah. Akhirnya hakim mahkamah pada 22 Mei 2009 memutuskan Zambry adalah Menteri Besar yang sah sejajar dengan Artikel 16(2) perlembagaan negeri Perak.

Kini, setelah hampir dua tahun setengah menjadi MB dan walaupun tempoh itu jauh dari mencukupi, Zambry telah menggunakan setiap ruang masa yang ada bagi memastikan Perak pada keseluruhannya bertukar menjadi negeri lebih maju. Walaupun di sebalik gangguan politik dari pembangkang, nampaknya anjakan kemajuan di Perak jauh lebih baik berbanding bot lembab di Kelantan dan Kedah.

Justeru tidak hairan apabila kini semakin ramai rakyat Perak menaruh harapan agar Zambry tidak menjadi “one-term” MB. Rekodnya membuktikan banyak pencapaian besar. Namun ini tidak bermakna PR tidak lagi memasang angan-angan untuk memerintah.

Persoalannya ialah siapa bakal MB jika PR kembali berkuasa? Nizar yang kini berstatus selebriti mungkin dicalonkan semula sebagai MB tetapi apakah pihak lstana, dan PAS sendiri, mengambil kira rekod tempohari akan ‘mengOKkannya’?

DAP dilihat bernada kompromi, namun kenyataan Lim Kit Siang bahawa parti itu akan meletakan calon Melayu bertanding menimbul berbagai tafsiran. Ini kerana menyedari calon Cina tidak boleh menjadi MB, DAP memerlukan calon Melayu bagi memastikan ia tidak langsung bergantung kepada PAS.

Pada masa kedua-dua parti ini memperlihatkan silat catur, Zambry langsung tidak mempedulikan permainan politik mereka. Minatnya sekadar bekerja dan baru-baru ini MB ke-11 itu memberikan berita gembira dengan mengumumkan projek mega bernilai RM9 bilion iaitu pembinaan kilang memproses bijih besi. Sekali gus seperti menerima syor mantan Perdana Menteri yang mahu kilang seumpama ini dibina sejajar dengan konsep perindustrian yang menjadi “trademark” Tun Dr Mahathir Mohamad ketika menjadi PM.

Mungkin ini sedikit menjejaskan ekologi dan alam sekitar serta melibatkan pengambilan tanah rakyat, namun setiap kesenangan harus ada sikit pengorbanan. Pengambilan padang golf 18 lubang, tanah kampung, kubur dan kemungkinan mengganggu kawasan nelayan berteduh dan pangkalan laut TLDM dilihat sebagai contoh.

Bagi warga ibu kota, mereka menganggap projek ini merugikan. Namun bagi penduduk di kawasan ini adalah harapan masa depan. Dalam konteks inilah, setidak-tidaknya semakin Perak memasuki fasa pembangunan pesat, Sultan Perak yang dicemuh kerana memperkenankan pelantikan Zambry berpuas hati prestasi MBnya.

Bagi rakyat, kekerapan Tuanku turun padang dalam setiap program kerajaan satu petanda baginda “happy” dengan stail dan corak tadbir MB. Rakyat tentu teruja apabila baginda perkenan menganugerahkan Zambry dengan pingat yang membawa gelaran Datuk Seri Diraja sempena hari keputeraan baginda April lalu.

Nampaknya setelah hampir dua tahun setengah, apa yang berlaku ialah jika ibarat orang bertanding suara merbuk, maka suara harapan lunak Zambry menembusi seluruh Perak, sedangkan suara merbuk lama semakin hilang di bawa angin dan berkemungkinan lenyap ditelan laut.

Sunday, December 13, 2009

AKU JUGA MENGUNDUR DIRI....

Melihat seorang demi seorang bloggers barisan hadapan Perak mengundur diri, maka saya akan TURUT SERTA atas sebab yang sama demi persaudaraan dan persahabatan sesama kami. Selamat tinggal semua, teruskan perjuangan kalian.

Sekupangdua dan promelayu..... Aku tetap bersama menyokong pejuangan kalian.

Monday, October 26, 2009

DIMANAKAH SIMALAUN NGA NGEH HILANG? si Niza yang pulak yang meroyan kehulu kehilir,

Dalam sibuk merancang jadai samseng dan akan huru harakan sidang oleh pakatan ronggeng ni, banyak kawan teman yang bertanya 'KENAPA SI NIZA NGA NGEH (dalam bahasa perak ... maknanya MELOPONG) siNiza yang menjerit bagai kambing kasi PR bila hujan nak turun, mana pulak kambing Import BOUR yang kononya tak bau hancing walaupun kehulu kehili sijanggut niza ni mengembek... PAS dah huru hara sebab bertekak tuduh menuduh dan berpuak-puak dan tak ingat lagi si janggut pasir panjang ni, terpaksa ler dia bawak diri kesana kemari mencari kawannya yang sekarang ni duduk senyap buat bodo ker atau tengah gelakkan perangai kelam kabut si niza.

Dengarnya bukan setakat berhati busuk malah dah bau bangkai Nga ngeh ni sampai sanggup ke siam guna khidmat bomoh supaya Menteri Besar Dr Zambri jangan bukak mulut untuk umumkan benda baik ... membentangkan bajet rakyat!. Apatah lagi bila ada surat dari siva yang meracau dapat perkenan sultan untuk bubarkan dun dan rancangan DAP meletakan wakil bakal menteri besar kalau menjadi trick mereka yang amat HARAM JADAH ni! (klik sini)

Alhamdulilallah Allah masih memelihara kesihatan Dr Zambry bila teman tengok dia orang yang mula hadir di Kuala Dipang walaupun menjangkau jam 1 pagi bukan alasan untuknya tidak hadir, semua pun tahu Niza lah salah seorang yang dah buat BOOKING dun akan datang di kampar untuknya bila sebelum ini adakala sekali tiga ceramah di sekitar Kampar yang dia pulun menghasut penduduk kampung dengan menjaja cerita dia lah terinaya dan berhak sebagai MB. tapi kenapa lak masa kemalangan yang terjadi ni tak pulak dia tunjuk muka, ondait.. kalien udah kono tipu bulek-bulek dongan si haram jadah tu ( bahasa rawa... hehehe cari sendiri)

masaalah PAS nak Melingkup bukan masaalah Niza lagi, tak tertutup lagi haobanya yang nak masuk tv wal hal kala dibubarkan dun sekali tak dapek dio nak jadi MB (tak dapat dia nak jadi MB), dah lupa si ngah ngeh menghilang diri dan biarkan dia jadi SIKAMBING MENGEMBEK BILA KENA HUJAN KENCING PAKATAN RONGGENG!

Jangan tak tahu sebenarnya Ngah dan Ngeh pi siam cari BETINA...